Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Langkah Baru

Selasa, 3 Julai 2012



langkah-langkah,
berlari laju selepas ini;
adalah cerita- cerita
masa depan,
untuk semua masa lalu.

setidaknya,
telah putus segala bebenang
yang lama mengikat
antara dua ruang.

syukurlah,
nafas lega boleh
ditarik dalam sekarang.

mudahnya, sampai masa untuk berlari bersama angin, atau lebih laju daripada itu. berlari dengan selajunya yang selama ini langkah-langkah itu tersekat dan terikat. sekarang, bila semua tali-tali itu telah dipotong waktu, segala menjadi ringan.

lalu kita terus melangkah, dan terus melangkah.

*insyaAllah akan kembali menulis dengan waras selepas ini. doakan*

alhamdulillah, kami telah pulang.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
3 Julai 2012
Pulau Pinang.  Bookmark and Share