Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Rintik-rintik Waktu

Ahad, 4 Mac 2012



kami hanya satu jiwa yang terperangkap dalam ruang lingkup masa.
terjerat dalam antara dua tempat yang jauhnya ditentu waktu.
kami terikat dengan realiti semasa, sedang kami menangisi realiti nanti.

kami jiwa dalam aturan Tuhannya;
yang pena-Nya telah diangkat lama,
dan tinta surat-Nya telah kering atas
lembaran takdir.

dan lalu, kami jiwa yang juga
tidak punya sebarang ilmu,
yang membataskan antara dua ruang itu.

cuma, apa yang ada dalam jiwa kami adalah jarak daripada mula,
segala takah yang telah lalu; dan dengan itu kami menyirat ilmu-ilmu;
dan dengan itu kami fahamkan hikmah.

bahawa yang mengikat kami,
dengan perancangan-Nya itu
adalah terbaik, dan sebaik;
seperti kami diciptakan-Nya,
sebaik dan terbaik.

dengan jahil terkadang kami memaki takdir,
mungkin sejahil kami tidak pernah mengenang nasib.
tapi, yang datang selepas segala makian itu,
adalah diam yang mengisikan,
dan yang ditangiskan;
atas yang berlalu itu tidak kosong,
bahkan kami kembali memamah dan menjilat setiap seranah terhambur.

kami, hamba-hamba-Nya!

selepas ini apa?

selepas ini, meski dalam keterikatan ruang ini,
waktu yang memisahkan dan terpisah ini;
kami serahkan pada Penulis lembaran itu,
dengan cerita yang telah tetap
untuk semua cerita diungkap,
dalam lipatan waktu.

telah kami, dan jiwa kami;
reda.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
Pulau Pinang,
4 Mac 2012
Bookmark and Share

0 ulasan: