Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Bebas

Sabtu, 2 Julai 2011



Sesungguhnya, tiada lagi yang menyenangkan melainkan telah bebas kita daripada masa lalu, dan bahagian- bahagiannya. Bebas daripada semua yang sebelum ini mengikat untuk kita berganjak jauh dan berlari ke hadapan. Bebas daripada segala kabur dan kelam untuk mengatur langkah mendatang.

Syukur, dengan sepenuhnya syukur dalam serendah hinanya diri sebagai hamba Allah ini; aku memohon dengan penuh dan sangat, moga yang telah datang dan berlalu itu - bersamanya ada hikmah ; dan juga segala semua yang mendatang nanti kelak lebih baik daripada semalam dan terbaik daripada apa yang telah berlalu walaupun itu tidak sebaik yang lalu.

Perjalanan itu, lagi masih jauh. Perjanjian yang erat dan berat juga lagi dipegang utuh, sedang hari-hari dihitung akan segala tergalas itu akan dikota. Apabila telah lepas segala yang lepas, perjalanan ini, pasti mempunysi destinasi yang berbeza daripada asalnya, juga dengan gerak langkahnya.

Setinggi syukur, Alhamdulillah; lalu aku mendongak ke langit memohon keberkatan baki perjalanan daripada Allah. Allahumma ameen.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
Lahat Court,
Pulau Pinang
3 Julai 2011, 2.50 pagi
Bookmark and Share