Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Jawapan VI

Jumaat, 1 Oktober 2010




usah,
bila kita telah memilih;
jalan-jalan untuk melangkah,
bertanyakan kepada masa:-
"untuk semua telah berlalu,
kenapa tidak seperti dulu?"

kerna,
kau dan aku tahu;
perjalanan jauh ini,
kita punya tugas,
tanggungjawab
masing-masing dan sendiri.

kita tahu,
sejak langkah pertama;
dari persimpangan itu.


*sila dekalmasi dengan nada melankolik dan sinis
-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
1 Oktober 2010
Beaumont Hospital, Dublin.
Bookmark and Share

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

...berhati2 melangkah...
kau dan aku tahu jalan itu punya
onak dan duri
andai kau terjatuh lagi..bgnlah
jgn kau menyerah..
kerana jalan itu
dari persimpangan yg kau pilih...