Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

T-shirt Hitam, Jeans, dan Sweater Manipal

Jumaat, 24 September 2010

dengan bersahaja aku
(-bersama 't-shirt' hitam, jeans, dan 'sweater' Manipal ini)
menjejak tanah ini lagi;
Dublin menyambutku
dengan senyuman suria ceria,
dan erat mendakapku,
dengan penuh rindu.

lalu,
aku mengucupnya
dengan penuh cinta;
seorang anak,
pada ibunya.

Dublin, aku pulang.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
24 September 2010,
Dublin Airport.
Bookmark and Share

0 ulasan: