Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Menunggu Teduh(ii)

Khamis, 19 Ogos 2010




Kadang melangkah,
(seperti tertulis) kita ada halangannya.
Pasti, tidak semudah dan seindah
pada kita yang melangkahkannya,
daripada mereka yang mentertawakannya
-hanya melihat lagi dengan telahan sendiri.

Maka, sejenak daripada langkah itu
-mari kita sejenak berjeda.
Bukan mengalah- juga kalah,
sedetik kita berehat melepas penat,
sekejap lelah kita luahkan.
- iya, kita berhenti seketika.

Berhenti menunggu teduh.
-toleh kebelakang seketika.
lihat jauh langkah-langkah yang telah diorak.
dan pahit perit sepanjangnya(tidak lupa manis ketikanya).
pada Allah, kita panjatkan kesyukuran.

Biar sekejap teduh ini,
muhasabah kita akan diri;
kerdil lagi khilaf untuk diinsafi.
Lalu pada-Nya kita kembali,
merayu taubat dalam sepi,
memohon ampun menyesali.

Lagi dalam teduh ini,
kita tenungkan langkah lalu,
untuk jauh lagi yang akan kita langkahkan.
kita renung segala lalu,
agar cermat nanti kita lalukan.

Kita perlu mencari kita,
dengan hakikat hamba-Nya.
Kita perlu mengerti kita,
terpikul amanat khalifah-Nya.
-maka, biar sejenak teduh ini
kita gali makrifat hakiki,
lagi abadi.

Moga tiba cerah nanti,
dapat kita tangkas berlari.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
Kangar, Perlis.
12 Ramadan 1431H

0 ulasan: