Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Jawapan iv

Isnin, 30 Ogos 2010

ah, jika kami ditanya lagi tentang itu.
apakah mungkin kami lalukan tanpa kata?
telah beberapa jawapan telah kami ungkapkan,
dengan paling halus lagi teliti - pasti tak terfahamkan.

cuma kami, ada pengakuannya bahawa -
itu dalam sedasar lautan kelam;
atau gaung yang tiada hujung.

tidak perlu gusarkan,
sedang tiap perkara pasti,
perlu tepat pada masanya.

ah. jawapan ini tidak pernah menjawabkan.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Nadim Muhammad
Kangar, Perlis

0 ulasan: