Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Sebuah Rumah(i)

Selasa, 16 Februari 2010




lagi kulalui jalan ini,
hujungnya ada sebuah rumah kecil;
tersenyum indah, tersergam megah.

sering aku melihat(rumah itu) dari jauh,
dalam kejauhan, dengan harapan:-
moga satu hari;
aku menjejak laman,
yakin mengetuk pintu rumah itu,
sebagai pemiliknya!

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad

15 Februari 2010
Robert Adam Lecture Theatre, Beaumont Hospital.

16 Februari 2010
Isra, Dublin.

0 ulasan: