Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Anak Burung

Ahad, 14 Februari 2010




seekor anak burung;
kini terbang tinggi,
mendaki langit
moga menuju ilahi,
abadi.

pernah anak burung itu;
kubalut sayapnya patah,
setulus ikatan rasa;
lalu,
kuajarkan mengibar sayap,
dengan penuh teliti;
moga kelak kuat,
tabah terbang sendiri.

dan masanya pun tiba,
sungguh telah aku rela;
dan reda.

yaAllah,
ikhlaskan aku.



-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad
14 Februari 2010
Newgrange Lodge
p/s:-cerita tamat.

1 ulasan:

m4die berkata...

i wonder wut's the story that's ended so suddenly
nice poem