Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Tentang Kenangan(ii)

Ahad, 20 Disember 2009


Salam alaik.

Sesungguhnya,
kenangan itu, memang mengingatkan.
dan mari Nadim katakan,
dengan indah;

lalu,
setelah beberapa masa;
lagi akan hari ini,
telah lagi singgah,
kenangan itu.

siapa sangka?
bertahun lalu,
kali ini di bumi Dublin;
bertapak menjejak.
dan mengingatkan.

sepertinya,
impi dan mimpi itu;
tertunai tanpa pinta,
berkisah tiada kata,
semuanya berlaku
dan berlalu.

lagi,
sungguh,itu lagi isyarat dari langit.
ingatan bahawa jauh lagi perjalanan;
panjang lagi perjuangan dari ingatan yang lalu dikuatkan.

dan Nadim kali ini,
menemukan sesuatu atas kunjungan;
yang lebih dalam dan peribadi:-
"bahawa masa telah memakan rasa.
dan (hati) telah kebas"


Nadim perlu bersiap,
lagi untuk menempuh ranjau jauh.
berawas dan berjaga,
atas setiap tingkah dalam setiap langkah.

dan sungguh, lagi ku katakan dengan indah;
kenangan itu, amat mengingatkan.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad
20 Disember 2009
Isra'
atas kunjungan kenangan.
p/s:- ini catatan ingatan untuk diri.

0 ulasan: