Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Kembara(vii)

Isnin, 12 Oktober 2009




jejak kembara kali ini;
penuh dengan semak,
yang adakalanya melemaskan!

maka,
aku perlu sediakan pedang hikmah;
yang kuasah paling tajam,
dan kusarungkan dengan
kesederhanaan.

tidak lagi ku mencantas
semua semak,
biar ditebas hanya balak!

dan langkahku,
kuatur dengan paling kemas;
biar setiap pijakku,
tak berjejak!


-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad
Isra'
Dublin
12 Oktober 2009

1 ulasan:

FaTiNe berkata...

meaningful advice in it. I like it. Huhu~