Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Taj Mahal.ku?

Khamis, 30 Julai 2009

Salam alaikum.




Taj Mahal saya.
Sedikit orang sinis bertanya;
ada yang senyum bersahaja,
mungkin sudah lama saya menyimpan kata,
insyaAllah; hari ini kita berkongsi semua.

Taj Mahal bagi saya;
adalah simbolik cinta.
akan pada seorang raja,
untuk permaisurinya.

Taj Mahal pada saya,
adalah sebuah manifestasi cinta;
yang tidak terungkap kata,
tak terlihat kasar mata,
terjangkau tidak halus jiwa.

Taj Mahal itu bukanlah siapa,
andai itu kebetulan adanya;
cuma mengikat simbolik kata,
berat tak terlafazkan makna.

Taj Mahal itu maka;
adalah janji, rindu dan cinta,
akan pada isteriku;
yang belum dibuka hijabnya,
siapa.

sampai jumpa nanti, lagi.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad
30 Julai 2009
al-Bait
Perlis, Malaysia