Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Ujian

Khamis, 15 Januari 2009

salam alaik.



lantas,
masing-masing,
buat lebih tersenyum.
benar;
semua ini adalah ujian.


(Yang lebih baik bagi mereka adalah) taat kepada Allah dan bertutur kata yang baik.
Muhammad,47:21


biar Allah yang tentukan,
biar Allah yang beri balasan.

Dan setiap orang memperoleh tingkatan sesuai dengan apa yang mereka kerjakan, dan agar Allah mencukupkan balasan perbuatan mereka, dan mereka tidak dirugikan.
Al-Ahqaf,46:19

Ketahuilah, bahawa Allah sangat keras siksaan-Nya dan bahawa Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
AlMaidah, 5:99


:)

dan benar,
cukuplah kalam dari Allah;
Tuhanku dan Tuhanmu.

..barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.
Al-Baqarah, 2:112


-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad

Ikan

Isnin, 12 Januari 2009

salam alaik.



ya, benar;
lubuk yang banyak ikannya, memang seronok di pancing.

dan ikan lubuk ini, sudah mengerti.
umpan itu, tidak akan dihirau lagi.


-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad

Tahun Baru

Isnin, 5 Januari 2009




Dan tahun baru ini,
dengan segala yang datang bersamanya;
adalah rentetan janji dari langit.

yang seadanya menetapkan,
akan kisah-kisah kita,
dan segala bicara kita.

dan sapaan baru ini,
adalah hangat mengingat.
moga yang semalam itu berlalu;
tidak tertinggalkan begitu.

Hadapan jalan penuh cabaran,
yang sedia menunggu.
lebih penting,
jiwa yang dahulu kecil itu
tidak lagi takut mahu gusar.

Cerita-cerita semalam,
bersama semalam.
dan dalam tahun baru ini,
adalah ruang untuk lembar baru.

yang hujungnya nanti,
sama-sama kita jamah hikmah.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad
Belgrove, UCD Belfied
5 Januari 2009