Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Kembara(iv)

Selasa, 9 Disember 2008



jalan-jalannya berdebu,
aku tahu.

langkah nanti,
tidak mudah, payah.
tidak senang, susah.

denai-denainya beronak,
aku mengerti.

tapi kerna semua itu,
perjalanan ini menjadi kisah.
kembara ini menjadi epik.

dan langkah pertama,
dari jiwa yang tenang;
lapang selepas ribut.


-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad
Raudhah As-Sakinah, Bait Al Isra'
Mt Pleasant Ave
9 Disember 2008

0 ulasan: