Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Kata

Jumaat, 12 Disember 2008

salam alaik.



marhaen gmok has left a new comment on your post "Sepi":

kau tau tak knape org x comment blog kau?
sebab mcm pondan bodo kau tau tak
benda x paham
mengarut je la kau ni
bajet artistik
lancau la lu


Nadim menulis.
benar, tidak difahamkan yang lain.
sememangnya begitu.

aku menulis ini, bukan menunjuk2.
dan bukan untuk mendapat ribuan kunjungan dan ulasan.
bukan sekadar mengartistikkan kata,
sampai menerima maki dan nista.

aku menulis untuk aku,
untuk ingatan aku.
merakam kisah-kisah aku.
tentang sebahagian hidup yang berselindung.

ya, memang tidak terfahamkan;
bila memang aku mendiamkan perincian kisah dalam rangkap.
yang tak terfahamkan;
adalah kisah-kisah aku.
yang tak pernah aku bicarakan umum.
yang jarang aku kongikan semua.

dan bukan sekadar seronok2 sendiri.
aku menulis untuk aku.
untuk ingatan aku.
untuk aku bangun selepas jatuh,
dengan kakiku sendiri.
dan di depan mata melihat menghakimi.

mereka sekadar bising,
biar, tidak mengetahui.
kisahnya, adalah tiada makna pada mereka.
cukup pada aku.

dan itu lagi dengan nista cerca?
terima kasih.

Nadim bukan penghibur.
yang mendendangkan puisi manis,
memuji dan memuja dunia.
atau mengindahkan kata kosong.
yang mengarang dan menulis,
semata untuk dunia.
atau semata2 menembusi media.
apa makna semua?
kepuasan sementara?

dan yang tidak terfahamkan,
adalah bukan untuk mereka.
bukankah tiap hujung bicara 'kosong' itu,
benar diungkap:-
'UNTUK YG MEMAHAMI'

siapa?
Allah, Nadim dan dia.

maka,
tidak aku gentar busuk cerca,
aku lebih terbiasa;
mengunyah pahit kata,
memepak perit nista,
daripada cuba,
memamah manis puji,
menelan enak ampu.

aku terlalu muak dan lali.
dengan semua segala maki.
biasalah hidup bukan?

kita hanya manusia.
Nadim hanya manusia.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

teruskn dgn karya anda.x perlu nk layan org2 yg mcmni.aish sdey btolla ngan org mlayu nih,ade je modal nk mngutuk org len

Nur in Islam berkata...

mulanya layar suci itu berbicara
terusik sebentar
dihempas badai menggila

persis sirna sebuah cerita
nakhoda itu tahu mana arahnya
meski dimaki maghrur manusia

mapan hati
selembut bayu pagi
membawa layar ke pesisir sunyi
sejuk embun dinihari

nakhoda itu tahu
rahsia diri
menyahut kalam Maha Suci

fItRiNa berkata...

tabah ya nadim,

manusia mcm2 ragam...
tidak bisa di fahami kesemuanya...
pasti ada hikmah yg tersembunyi...
cepat atau lambat...
itu semua ketentuan Ilahi...

jazakallah....