Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Cahaya

Selasa, 9 Disember 2008



bukan seadanya diri khali,
diam menggalas agenda diri.

jauh dari watan meski,
bumi ini landskap jati;
untuk satu jalan abadi.

mulanya dengan diri,
tarbiah meresap hati.
bersinar dalam setiap patah,
memancar dalam tiap langkah.

kerna manis iman,
adalah anugerah tuhan.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad
Raudhah As-Sakinah, Bait Al-Isra'
41, Mt Pleasant Avenue, Rathmines
6 Disember 2008

0 ulasan: