Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Telah Semalam Berlalu

Rabu, 26 November 2008



semalam adalah terlalu manis,
paling indah dan bermakna.
terus masa berlalu,
pilihan adalah yang sukar,
perit dan payah.
seadanya untuk kebaikan bersama;
sesuatu yang lebih jauh.

semalam,
dan kisah pernah terungkap pasti;

adalah sedalam rindu,
yang hanya pernah;
takkan lagi masih.
tak mungkin akan.

adalah seerat kata,
yang terucap tika;
tidak lagi manja,
takkan mungkin mesra.

adalah setulus janji,
yang termeterai utuh;
dipegang tetap kukuh,
dikotai penuh teguh.

adalah semurni kasih,
yang sesuci bicara;
semulus terungkap tingkah,
sejernih tiap langkah.

ya, semalam terlalu manis,
paling memaknakan dan terindah.
dalam senyum dan tawa,
adalah kenangan yang tertinggalkan.

dan hari ini,
meninggalkan semalam jauh.
mencari esok yang lebih terang.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad
41, Mt Pleasant Avenue Lower, Rathmines
26 November 2008

2 ulasan:

Nur in Islam berkata...

salam akhi..salam ziarah..

Nur in Islam berkata...

benar! hidup ni susah..tapi tak payah kan? kerna setiap dugaan yg diberikan Allah setimpal dgn keupayaan umatNya. akhi, salam izinkan link blog enta dlm blog ana..=)