Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Selepas Ribut

Selasa, 25 November 2008

salam alaik.



dan selepas ribut lebat,
satu sidang besar.

hati.jiwa.diri.

sepakat.

bahawa,

lafaz itu hanya untuk suri.

meski berat, jauh.
insyaAllah.

selepas ribut besar,
mentari lebih terang bersinar.
Nadim tahu, jalan ini lebih sukar.
tapi, hujungnya, insyaAllah lebih manis.

jalan ini, memang, pahit dan perit.
Nadim sudah seadanya tekad, ini yg terbaik.
moga sentiasa dalam reda-Nya, rahmat-Nya.

kerna saat perjalanan ini adalah satu pencarian diri,
moga terbentuk mantap satu jati, identiti muslim sejati.
harap kukuh akidah, mantap ibadah dan akhlaknya.

Nadim nanti, bukan sekadar hari itu.
bahkan hari2 selepas itu.
ya, risalah dakwah, juga amanah.
dalam meneruskan jalan, menjengah masa depan;
kerdil diri mengutip hikmah, pengisian
akan nanti rumah Allah itu, tidak kosong.
moga taman2nya terus bercahaya,
dan jiwa2 di dalamnya bahagia.

ya;
akan tiba juga nanti, jemputan daripada Nadim.
yang dijemput itu bukan hak milik, tapi anugerah.
terindah dan amanah.
insyaAllah.


Menjemput Bidadari


-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad
41, Mt Pleasant Avenue Lower

0 ulasan: