Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Kembara

Rabu, 26 November 2008



Angin dari tanah ini,
Sudah lama membawa khabar.

Jauh, membisik;
Sejak dari tanah watan.

Di sini,
Satu advencer ;
yang menantikan.

Untuk sekecil jiwa asal,
untuk sekerdil diri mula.

Hujung nanti,
selengkap waja.
Teguh utuh.

Dan aku menyahut,
untuk melangkah.

Jejak sini, atas izin-Nya.
Ini kembara kita.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad
Cal Room, RCSI
26 November 2008
p/s-bangunan sebelah kanan itu RCSI

0 ulasan: