Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Bisik-bisik angin

Rabu, 7 Mei 2008

Bisik-bisik angin.


Salam alaik, salam sejahtera, moga dalam selamat-selamat senantiasa. Entah, kali ini Nadim singgah sejenak; berhenti melangkah seketika, sambil-sambil melepaskan sisa-sisa lelah. Nadim punya ujian besar; sangat besar, dekat dan sangat dekat. Akan tiba masa Nadim yang ditentukan, maka telah tiba.

Dalam tika, hening pagi; meski dek unggas masih bangga mendendangkan lagu dan irama rimba; Nadim sepi merintih,

“Wahai angin lalu, sampaikan engkau pada sahabat pertama, akan benar rindu ini; akan benar kasih ini. Sampaikan bahawa akan yang telah berlalu itu; Allah telah menetapkan yang sebaik, terbaik. Akan benar rindu ini, wahai srikandi tanah Minang; meski telah dekat kita dek jarak, akan jauh dek ruang. Akan benar kasih ini, wahai sahabat pertama; meski terasa polos kosong ungkapan itu tanpa makna.”

“Wahai dingin bayu, sampaikan engkau pada srikandi tanah Minang, akan maaf yang paling besar; akan ampun yang paling berat. Sampaikan bahawa akan ketika itu; ada yang lebih daripada diri, ada yang lebih utamanya. Akan maaf yang paling besar, wahai sahabat pertama; meski Nadim tahu, bisik-bisik kamu telah merelakannya. Akan ampun yang paling berat, wahai srikandi tanah Minang; meski Nadim mengerti, akan hari-hari telah cerah.”

“Wahai pawana mesra, sampaikan engkau pada sahabat pertama, srikandi tanah Minang, akan diselindungkan akan kisah, moga Allah lapangkan; akan yang telah terdiam dan terpendam itu, didiam dan dipendam tika itu. Sampaikan bahawa, meski antara pilihan; adalah yang terbaik, insyaAllah yang sebaik-baik, walaupun itu benar-benar melukakan, jua sendiri terluka. Akan, janji Allah, mengikat pertemuan untuk saling melengkap, memperindah dan memperelok. Akan, pilihan merentas jalan yang amat perit, moga hujungnya terlalu indah.”

Sepi. Sayu. Desiran angin terus berlalu, merangkak; membelai. Adakala angin itu berlari-lari, menampar sambil bersiul irama cinta. Nadim akan melangkah menongkah ujian, telah yang Allah tetapkan, telah tiba masanya.

Sahabat pertama, srikandi tanah Minang; maafkan Nadim.

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-

Nadim Muhammad
Thursday, May 08, 2008

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam.
singgah sebentar.
hampIr xm iya? aja2 fightin'~
malam ini, tiada desir bayu berlalu..,cuma bulan muncul setelah sekian lama menghilang... bulan yang indah dpagar bintang.. huHuh,maaf ya mas, aku lagi bermadah.. waduh, slalu aja.. [97]

ummusa'adah berkata...

pernah dikatakan pada hamba bahawa,
"jika kita menyayangi seseorang, kita harus memohon maaf padanya selalu.."

adapun hamba sendiri kurang jelas pada maknanya.. namun, tatkala ucapan maaf terucap, hatiyang panas menjadi sejuk. yang keras menjadi lembut.. yang kehilangan menjadi bahagia..