Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Dekat padaMu.

Sabtu, 12 April 2008



ingin sekali aku dekat;
erat dan rapat denganMU.
harap benar aku mesra;
bahagia dan manja bersamaMu.

dan sungguh amat aku,
sentiasa ingin dalam pelukanMu;
setiap detik tertiti,
setiap masa dititi.

dan rindu sangat aku,
selalu untuk berdamping dengaMu;
dalam hari tiap bersilih,
dalam sendu menyingkap kasih.

ingin sekali aku dekat,
dalam rangkulanMu;
membisik tiap-tiap kisah.
ada tawa bersiul,
ada senyum ceria,
ada duka terluka,
ada tangis menghiris.
kerdil diri mengadu,
tentang kerikil ranjau.
meski, kau lebih tahu.

harap benar aku mesra,
dalam dakapanMu;
dibawah bintang malam,
dipayung pelangi siang.
menafsir hikmah hampa,
menggali permata kecewa,
bersyukur tatkala bahagia.

dan aku ingin bersamaMu,
selalu.
dalam tiap lafaz,
dalam setiap nafas.
selalu.
ampuni daku!

wahai TUHAN,aku khalifahMu;
ya ALLAH, aku rindu.
wahai TUAN,aku hambamu.
aku rindu, ya ALLAH.


tinta seorang hamba,
Nadim Muhammad
Kolej Kediaman Cemara
11 dan 12 April 2008

0 ulasan: