Ahlan wa sahlan

Assalamualaikum!

Selamat datang,
selamat singgah dan menjengah;
moga daripada secebis waktu, bermanfaat untuk semua!

Nyayian Rindu (ii)

Khamis, 4 Oktober 2007

nukilan untuk kenangan; insyaAllah harapan.


Dan lagi, simfoni bergema; kau dengar?
Terngiang dek gunung; ibarat terus-terus mendendangkan.
dan terus-terus dilagukan.

Dan bila, rindu ini; masih milikmu.

Rindu ini; bukan lagi rindu biasa.

Ini rindu aku;
bukan pada molek rupa,
tapi atas indah jiwa.

Ini rindu aku;
bukan pada manis bicara,
tapi ikhlas kata-kata.

Ini rindu aku;
bukan atas gopoh;terburu,
tapi dengan cermat; memburu.

Ini rindu aku;
tidak atas pesona wajah,
tapi satu kejujuran hati.

Ini rindu aku;
pada si degil.
Atas tiap kata; penuh makna.

Ini rindu aku;
pada yang istimewa.
Atas tiap fikir; terlalu memahami.

Rindu ini; bukan rindu biasa lagi.
Simfoni ini, kau dengar?

Jua, tetap-tetap sayup.
Nyayian tatkala hujan menanti-nanti mentari dan pelangi.
dan bila rindu ini, masih milikmu.

-untuk yg memahami-

Thursday, October 04, 2007 4:25 AM
(Kolej Kediaman Cemara Akasia)
iQ
SiLeNt 1412

2 ulasan:

ummusa'adah berkata...

nice poem.. tpikan.. nape mcm sedey je poem ni.. mcm baru 'terpisah+_terasing' je.. huhu.. sekadar komen bgi yg cuba memahami..

ummusa'adah berkata...

@~~ kadang2 kte perlu kembali pada org yg kte syg utk luahkan segala-galanya.. walaupun kekadang hanya kte yg memberi dan kte juga yg terlalu menerima.. moga keseimbangan itu akan tercipta setelah dua insan saling mengenali dan memahami akan tujuan tercipta keduanya..